Satu arahan pembetulan telah dikeluarkan ke atas satu pos Facebook yang mendakwa seorang budak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia kerana Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).
Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) supaya mengeluarkan arahan pembetulan umum kepada Facebook, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).





