VANCOUVER: Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, berangkat pulang ke China dari Canada pada Jumaat (24 September), setelah mencapai perjanjian dengan pendakwa Amerika Syarikat untuk mengakhiri kes penipuan terhadapnya.
Seorang hakim di Canada mengakhiri prosiding ekstradisi dengan membebaskan Cik Meng selepas memerintahkan syarat jaminan terhadapnya dibatalkan, sekali gus mengakhiri saga perundangan selama hampir tiga tahun, yang menjadi isu diplomatik antara Amerika...





