MASJID Al-Amin ingin mengajak para jemaah untuk sama-sama mengenang jerih payah usaha Baginda Rasulullah saw dalam menyebarkan ajaran Islam sepanjang Oktober dan November ini sempena sambutan Maulidur Rasul, hari lahir keputeraan junjungan baginda Rasulullah saw.
Ketua Jabatan Pembelajaran Islam Masjid Al-Amin, Ustaz Syafiee Hassan, berkata justeru itu, Masjid Al-Amin bakal menganjurkan pelbagai program menarik dengan tema, 'Semarak Cinta Rasul saw...





