SATU letupan di Loji Pembakaran Tuas yang dipercayai membunuh seorang individu dan mencederakan dua yang lain berlaku pada tengah hari Khamis (23 September).
Apabila akhbar The Straits Times (ST) tiba di lokasi letupan di Tuas Avenue 20 sekitar 4.30 petang, beberapa kereta polis dan sekurang-kurangnya enam kenderaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikesan di tapak loji.





