SINGAPURA akan mempunyai kumpulan feri elektrik pertamanya pada 2023 yang diusahakan Shell bagi tujuan berulang-alik dari tanah besar Singapura ke Pulau Bukom.
Syarikat minyak raksasa ini telah memberikan kontrak kepada pembangun bot Singapura, Penguin International, bagi mereka, membangun dan mengendalikan operasi sekurang-kurangnya tiga feri elektrik, jelas Shell dalam kenyataannya pada Rabu (22 September).





