HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup rata-ratanya lebih tinggi bagi kebanyakan kategori, dengan premium bagi kereta besar melebihi $70,000 buat kali pertama dalam lebih enam tahun.
Dalam tender terkini semalam, premium COE bagi kenderaan Kategori A, atau kereta 1,600 cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130 bhp, naik 2.1 peratus daripada $47,000 kepada $48,000.





