SEKUMPULAN 19 penggiat seni kini sepakat untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bagi menyatukan penggiat seni Melayu tanah air selain merancakkan lagi usaha pengembangan program seni dan budaya di sini.
Di samping itu, pertubuhan yang dinamakan PRIHATIN (Penggiat Seni Melayu Singapura) ini mahu menjaga kesejahteraan dan kebajikan penggiat seni Melayu yang sakit dan memerlukan.





