ADALAH tidak adil pembeli perkhidmatan memindahkan sepenuhnya kos ujian Covid-19 kerap kepada agensi keselamatan atau pengawal keselamatan jika peruntukan bagi ujian itu tidak termasuk dalam kontrak awal, kata Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE).
Dalam satu surat yang diedar kepada pembeli perkhidmatan dan dilihat Berita Harian, Setiausaha Agung USE, Encik Raymond Chin, berkata kesatuan itu menerima beberapa maklum balas bahawa sesetengah pembeli...





