PASUKAN bola sepak wanita Singapura sasar kemenangan sulung mereka ke atas Indonesia apabila kededua pasukan Asia Tenggara ini bertemu dalam perlawanan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Tajikistan minggu depan.
Skuad negara seramai 23 pemain akan berangkat ke Dushanbe hari ini untuk beraksi dalam dua perlawanan menentang Indonesia, pada 24 dan 27 September, untuk berpeluang...





