KEHARMONIAN kaum di Singapura merupakan satu usaha yang berterusan sedang kita - dari semasa ke semasa - menyesuaikan keseimbangan rapuh yang telah dicapai oleh setiap masyarakat, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Serangan 11 September 2001 (9/11) telah menunjukkan betapa kuatnya tekanan yang boleh memecahbelahkan kita dan perlunya kita berhati-hati apabila membuat perubahan pada formula yang mewujudkan keharmonian kaum...





