MENTERI Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, akan menghadiri Mesyuarat dua hari Menteri-Menteri Kesihatan Kumpulan 20 Negara (G20 HMM) di Rome, Italy, mulai esok.
G20 HMM adalah mesyuarat tahunan melibatkan 19 negara dan Kesatuan Eropah (EU), selain negara-negara yang diundang, dan beberapa pertubuhan antarabangsa dan serantau.





