PENGGIAT teater mapan, Almahdi Al-Haj Ibrahim, yang lebih dikenali dengan nama pentasnya, Nadiputra, adalah antara empat pengamal budaya yang menerima pengiktirafan nasional di atas usaha mereka menyampai dan menonjolkan elemen budaya dan warisan masing-masing.
Anugerah Pengelola Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) itu diberikan oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) dan ini kali kedua ia disampaikan setelah skim pengiktirafan tersebut dilancarkan pada...





