MULAI esok, semua individu berusia 30 tahun ke atas boleh berkunjung ke Pusat Vaksinasi Moderna bagi mendapatkan suntikan penggalak atau 'booster' mereka.
Peluang ini dibuka bagi warga Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang pas lawatan jangka panjang yang sudah menerima dua suntikan pertama vaksin mRNA, Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna, sekurang-kurangnya enam bulan lalu.





