SELAIN menjadi bulan memperingati keputeraan Baginda saw, Rabiulawal juga terakam sebagai peristiwa perit yang dilalui Nabi saw. Pada bulan inilah (tahun ke-11 Hijrah), kesihatan Rasulullah sudah semakin merudum.
Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu (MAKM), Ustaz Mohammad Taufiq Mohamed Ismail, menceritakan sebuah hadis, di mana Rasulullah saw pernah menyebut dalam khutbahnya: "Sesungguhnya Allah telah memberikan pilihan kepada hamba-Nya, sama ada ingin...





