CINTA pada warisan dan budaya Melayu membuatkan pelukis muda, Encik Rusydan Norr, ingin menghasilkan lebih banyak kerja seni yang menggali sejarah sesuatu adat zaman berzaman.
Berbekal minat sedemikian, lulusan Diploma Seni Halus daripada Maktab Seni Lasalle itu menyertai Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) bulan lalu demi memperluas ilmu dan belajar daripada pelukis veteran yang lebih mendalami budaya Melayu.





