JOHOR BAHRU: Langkah menghidupkan kembali projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) tanpa Singapura akan membazirkan sumber dan tidak mempunyai nilai ekonomi, kata seorang bekas menteri besar Johor.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata rancangan kerajaan untuk melaksanakan projek HSR ke Johor Baru tidak berdaya maju memandangkan bandar itu bukan kuasa ekonomi seperti Singapura.





