LONDON: Tottenham Hotspur mengalami kekalahan mengejut kepada Vitesse, tetapi bekas pengurusnya Jose Mourinho mengalami kekalahan lebih memeranjatkan.
Mourinho, yang pernah menggelar dirinya 'The Special One', atau pengurus istimewa, mengalami antara kekalahan paling teruk dalam kerjaya sebagai pengurus apabila pasukannya Roma dibelasah 6-1 oleh Bodo/Glimt dari Norway dalam perlawanan Liga Persidangan Europa.





