Topik diikuti
Pergi ke BHkuS’pura hargai bantuan Indonesia
S’pura hargai bantuan Indonesia
S’pura hargai bantuan Indonesia
Singapura merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemerintah Indonesia dan pasukan mencari dan menyelamat, yang menyelaraskan operasi sukar menyelamatkan mangsa bagi operasi letusan Gunung Berapi Dukono, Indonesia.
Menulis melalui hantaran Facebook beliau pada 11 Mei, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menyatakan rasa terhutang budi yang mendalam kepada pemerintah Indonesia, pihak berkuasa, serta lebih 150 kakitangan pasukan mencari dan menyelamat.
Ini selepas mereka bertungkus-lumus bekerja dalam keadaan yang sangat mencabar di Gunung Dukono, termasuk dalam peringkat akhir pengecaman forensik.
“Walaupun berhadapan dengan rupa bumi yang curam dan tidak stabil, hujan lebat, abu gunung berapi yang tebal, serta risiko letusan yang berterusan, mereka tetap meneruskan usaha dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.
“Segala usaha mereka telah memberikan sedikit penutup kepada ahli keluarga dan orang tersayang yang telah mengharungi hari yang penuh penderitaan dan ketidakpastian,” tulisnya.
Menurutnya, Singapura akan sentiasa mengingati jasa persahabatan dan perpaduan itu.
Dr Vivian turut merakam takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan agar mereka yang terselamat dapat kembali pulih sepenuhnya dengan segera.
