Topik diikuti
Pergi ke BHkuSyed Harun selami keperluan melalui ‘kaca mata’ penduduk Nee Soon
Syed Harun selami keperluan melalui ‘kaca mata’ penduduk Nee Soon
Syed Harun selami keperluan melalui ‘kaca mata’ penduduk Nee Soon
Lima Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam – daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) – yang tampil sebagai muka baharu semasa Pilihan Raya Umum (GE) 2025 mengimbau perjalanan setahun dalam dunia politik.
Keinginan untuk melihat kejiranan melalui ‘kaca mata’ atau lensa dan pengalaman hidup penduduk menjadi teras perkhidmatan Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi.
Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara) itu juga tidak menganggap dirinya sebagai orang luar, sebaliknya sebagai rakan tetangga yang ingin memahami cara bandar dan kemudahan yang disediakan dapat memenuhi keperluan setiap keluarga.
“Saya melihat diri saya sebagai rakan penduduk di kawasan ini. Saya adalah sebahagian daripada Nee Soon dan penduduknya, dengan keinginan untuk menjadikan tempat tinggal kita lebih baik.
“Saya mahu menyelami sendiri dan memahami bagaimana penduduk berhubung dengan bandar ini, serta bagaimana kemudahan dan program yang ada dapat memenuhi keperluan keluarga mereka dengan sebaiknya,” ujar Dr Syed Harun.
Sepanjang setahun lalu, beberapa projek penambahbaikan di Nee Soon telah dijalankan, termasuk penyediaan tempat penumpang turun yang baharu, serta penambahbaikan laluan penghubung taman di Empangan Yishun.
Namun bagi beliau, aspek kemanusiaan tetap menjadi keutamaan.
“Selain penambahbaikan fizikal, saya rasa lebih penting untuk menumpukan dalam membantu penduduk berasa seperti di rumah sendiri – sebuah tempat untuk membina hubungan, membesarkan keluarga dan berasa selamat untuk pulang setiap hari.
“Ini dilakukan menerusi pelbagai sesi santai mahupun acara masyarakat, sama ada melalui kunjungan ke kedai kopi atau tinjauan mesra di sekitar estet,” tambah beliau.
Antara detik yang paling diingati adalah apabila seorang penduduk di Nee Soon menjemput Dr Syed Harun meraikan ulang tahunnya yang ke-101.
“Melihat ramai warga emas yang terus aktif dan terlibat dalam masyarakat walaupun Singapura merupakan masyarakat yang kian menua adalah sesuatu yang sangat bermakna.
“Ia mencerminkan semangat kemasyarakatan kuat yang saya cuba pupuk dalam kejiranan kita setiap hari,” katanya lagi.
“
“Saya melihat diri saya sebagai rakan penduduk di kawasan ini. Saya adalah sebahagian daripada Nee Soon dan penduduknya, dengan keinginan untuk menjadikan tempat tinggal kita lebih baik.”