Topik diikuti
Pergi ke BHkuHamid Razak tingkat akses bantuan di Jurong
Hamid Razak tingkat akses bantuan di Jurong
Hamid Razak tingkat akses bantuan di Jurong
Lima Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam – daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) – yang tampil sebagai muka baharu semasa Pilihan Raya Umum (GE) 2025 mengimbau perjalanan setahun dalam dunia politik.
Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast-Jurong West, Dr Hamid Razak, meletakkan keutamaan dalam tahun pertamanya untuk mendekatkan bantuan kepada penduduk dengan mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan masyarakat.
Bagi beliau, kecekapan dalam penyampaian khidmat ialah kunci utama bagi memastikan kebajikan setiap lapisan masyarakat di kawasan undi tersebut terpelihara.
“Apa yang paling mengujakan saya sepanjang tahun pertama sebagai AP ialah peluang untuk bekerja rapat dengan penduduk, sukarelawan dan rakan kongsi masyarakat.
“Matlamat kami adalah untuk sama-sama membina jalan penyelesaian bagi menghadapi cabaran harian yang dihadapi oleh penduduk di peringkat akar umbi,” kata beliau.
Antara inisiatifnya dalam menyelaraskan bantuan adalah penubuhan One Care @ Jurong Spring.
Pusat sehenti yang terletak di Kelab Masyarakat Jurong Spring itu berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi membolehkan penduduk mendapatkan sokongan bagi keperluan sosial dan kesihatan di bawah satu bumbung.
“Selain menjadi tempat penyampaian perkhidmatan, saya harap agar ia berkembang menjadi sebuah ruang di mana pelbagai rakan kongsi dapat berkumpul dan bekerjasama ke arah penyelesaian yang lebih bersepadu dan juga sebagai inisiatif masyarakat,” ujar Dr Hamid.
Pengalaman setahun di lapangan ini telah memberikan perspektif baharu kepada Dr Hamid tentang potensi besar yang ada apabila masyarakat dilibatkan secara aktif.
Beliau percaya bahawa perubahan yang paling berkesan adalah apabila penduduk itu sendiri menjadi sebahagian daripada proses tersebut.
“Pengalaman ini telah memperkukuh keyakinan saya bahawa perubahan yang mampan hanya akan tercapai apabila masyarakat diperkasakan untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian,” katanya lagi.
“
“Apa yang paling mengujakan saya sepanjang tahun pertama sebagai AP ialah peluang untuk bekerja rapat dengan penduduk, sukarelawan dan rakan kongsi masyarakat.”