BANDAR satelit pertama dan tertua Singapura, Queenstown, akan menjadi kawasan kesihatan pertama Singapura menerusi satu program perintis yang bertujuan menyokong penduduk mengamalkan kehidupan lebih sihat dan produktif.
Mengumumkan Kawasan Kesihatan@Queenstown itu semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata ini akan dilakukan menerusi perancangan dan reka bentuk yang lebih bersepadu bagi estet itu serta lebih banyak program masyarakat.





