SETELAH mengekalkan harga minyak petrol sejak Julai, syarikat SPC milik China menaikkan harganya sebanyak empat hingga lima sen seliter semalam.
Minyak petrol oktana 92 kini berharga $2.51 seliter, menjadikannya setara dengan harga syarikat Esso, menurut Fuel Kaki, laman yang ditubuhkan Persatuan Pengguna Singapura (Case) untuk menjejak harga minyak petrol.





