SENI mendarah daging dalam diri biduanita Rahimah Rahim sejak usianya enam tahun dengan beliau membintangi filem Cathay-Keris, Korban Kasih, pada 1961.
Apakan tidak? Bapanya Rahim Hamid terkenal dengan julukan 'Nat King Cole Singapura' manakala ibunya Mariam Baharum yang turut diberi gelaran 'Mariam Tahi Lalat' merupakan pelakon filem klasik Aloha dan Kipas Hikmat.





