KENOSHA: Seorang remaja Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menembak mati dua penunjuk perasaan dalam rusuhan membantah kekejaman polis di Wisconsin tahun lalu, dibebaskan daripada semua pertuduhan, semalam.
Selepas melalui perbicaraan berprofil tinggi itu, juri mendapati Kyle Rittenhouse, 18 tahun, tidak bersalah atas pertuduhan termasuk membunuh dengan niat dan bertindak secara sembarangan dalam insiden tembakan pada Ogos 2020 di Kenosha, Wisconsin.






