PARIS: Bintang midfield Manchester United, Paul Pogba, besar kemungkinan akan terlepas beraksi sehingga akhir tahun ini setelah mengalami kecederaan semasa berlatih dengan pasukan negaranya Perancis.
Ini bermakna, selepas tamat tempoh kecederaannya, Pogba boleh menandatangani perjanjian prakontrak dengan kelab luar negara memandangkan kontraknya dengan United akan luput pada Jun ini.






