PERJALANAN muzik Melayu yang rencam diselongkar bagi membawa penonton menyusuri jalan kenangan dan berada dalam landasan evolusi muzik yang beredar dari satu fasa ke fasa lain.
'Langkah Gergasi', konsert ulang tahun ke-30 Orkestra Melayu Singapura (OMS) yang berlangsung di Panggung Victoria pada Rabu malam mengubati rindu ramai pengamat muzik yang menantikan masa menonton acara hiburan gah secara 'live' setelah lama...





