SETELAH beroperasi selama 28 tahun, pintu Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa (gambar) telah ditutup dan bangunannya telah pun dikosongkan.
Seramai 32 penghuni Darul Ma'wa sama ada telah disatukan kembali dengan keluarga mereka atau dipindahkan ke Rumah Kanak-Kanak yang lain sejak Oktober lalu, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semasa menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).





