SEMBILAN syarikat berbilang negara (MNC) Sweden di Singapura, termasuk firma farmaseutikal AstraZeneca dan peruncit pakaian H&M, telah berikrar untuk menggandakan manfaat paterniti yang dibayar daripada dua hingga empat minggu mulai tahun depan.
Ikrar #DoubleUp adalah satu langkah ke arah kesaksamaan jantina dan mewujudkan budaya korporat yang menggalakkan bapa berada di sisi keluarga untuk bayi mereka, kata Dewan Perniagaan Sweden Singapura...





