Agensi pemerintah yang bertanggungjawab ke atas pembelajaran sepanjang hayat terlebih bayar sekitar $4.22 juta akibat kesilapan dalam pengurusan geran-gerannya, kata Pejabat Auditor Negara (AGO).
Dalam audit tahunannya ke atas akaun-akaun pemerintah, AGO berkata ia juga mengisyaratkan bahawa SkillsFuture Singapore (SSG) lemah dalam menguatkuasakan kutipan dana Levi Pembangunan Kemahiran (SDL) bermula 2015 hingga 2020, menyebabkan hutang sekitar $43 juta kepada agensi...





