SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menganggap sanggahan serta kritikan oleh timbalannya, Encik Rafizi Ramli, terhadap isu kepimpinannya terlerai apabila mereka bersetuju untuk bersama memperkukuh parti dan membawa agenda perubahan untuk rakyat.
Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR 2022 kelmarin, Anggota Parlimen (AP) Port Dickson itu, yang juga Ketua Pembangkang, berkata ramai orang cuba...





