SEDANG Singapura menuju ke arah keadaan normal dengan kebanyakan sekatan bagi mengawal penularan Covid-19 dilonggarkan atau ditiadakan, sudah tiba masanya untuk memikirkan semula tentang penjagaan kesihatan pascapandemik, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Dalam ucapannya di upacara konvokesyen Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS), beliau berkata negara ini...





