KOS urus niaga digital syarikat akan dikurangkan dengan menjadikan urus niaga itu lebih cekap dan lancar di bawah inisiatif Kerjasama Digital Kesatuan Eropah (EU)-Singapura, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.
Berucap di Forum Perniagaan mengenai peluang agromakanan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) EU-Singapura semalam, Encik Iswaran yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, berkata EU dan Singapura telah berusaha...





