SEORANG pelakon harus mempunyai sentuhan magis untuk menjadi watak itu dan ini sekelip mata malah harus bijak menambah baik lakonannya berbekal kesediaan mengambil tahu tentang keadaan sekeliling dengan banyak membaca.
Sebagai pendidik seni lakon yang sudah lama mengasah ketukangan dalam bidang ini, seseorang itu juga tidak harus berada di takuk lama dan membuka hati dan matanya agar terus berkembang relevan...





