Budaya penjaja Singapura telah mendapat pengiktirafan Unesco dua tahun yang lalu. Menjelang Hari Kebangsaan, Berita Harian akan memaparkan penjaja kegemaran warga Singapura dan cerita di sebalik kejayaan mereka untuk meraikan budaya penjaja Singapura. Dalam siri kedua ini, BERITA HARIAN menemu bual dua penjaja dari Pusat Penjaja Bedok Corner yang sedang melatih anak-anak mereka mengenai perniagaan mereka dengan harapan anak mereka...





