SEBUAH syarikat bioteknologi Singapura telah memulakan satu kajian klinikal berskala besar bagi ujian darah yang boleh menawarkan pemeriksaan awal bagi hingga sembilan barah berbeza yang mempunyai kadar kematian tinggi.
Ujian oleh Mirxes itu menggunakan gabungan biopenanda untuk memeriksa bagi barah paru-paru, buah dada, kolorektal, hati, perut (gastrik), esofagus, ovari, pankreas dan prostat.






