KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, disahkan positif Covid-19, pada Rabu (31 Ogos). Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan pasukan kesihatan. Kenyataan dua perenggan daripada pejabat Tun Dr Mahathir bagaimanapun tidak menyebut keadaan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali....





