ELAUN yang diberikan kepada skim keluarga titipan akan ditambah untuk menyokong anak-anak titipan dengan lebih menyeluruh, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
Ini diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa satu seminar keluarga titipan yang diadakan di Enabling Village di Lengkok Bahru.





