MOSCOW: Seorang ahli fizik dan angkasawan yang memegang rekod dunia kerana berada paling lama di angkasa lepas selama 437 hari, Dr Valery Polyakov (gambar atas), telah meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Agensi angkasa lepas Russia mengumumkan kematiannya tanpa memberikan perincian bila atau di mana ia berlaku, atau sebab kematiannya.





