ZAPORIZHZHIA (Ukraine): Tentera Ukraine telah cuba menawan semula loji nuklear Zaporizhzhia menerusi satu serangan di pusat bekalan tenaga itu semalam (2 Sep).
Menurut kementerian pertahanan Russia hari ini (3 Sep), satu pasukan tentera laut Ukraine seramai 250 askar telah cuba mendarat di perairan sebuah tasik berdekatan loji Zaporizhzhia di selatan Ukraine itu kira-kira 11 malam (waktu tempatan), semalam.





