APABILA diserahkan dengan puisi Larilah Jika Boleh hasil pena sasterawan Allahyarham Dr Masuri SN untuk digubah menjadi lagu, pemuzik Moliano Rasmadi akur banyak perihal kehidupan yang tersirat dalam karya tersebut.
Beliau yang awalnya ingin berehat seketika daripada jadual persembahan yang padat dari permulaan tahun lantaran itu enggan melepaskan peluang terlibat dalam projek konsert Gita Raga sempena Pesta Penulis Singapura (SWF)...





