DALAM usaha pemerintah untuk menerapkan inisiatif 'Healthier SG', atau SG Lebih Sihat, ia adalah penting untuk memastikan setiap golongan berbeza dalam masyarakat digalakkan untuk menjaga kesihatan mereka, terutamanya golongan wanita, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.
Mengakui banyak peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam hidup mereka, Cik Rahayu menambah bahawa ia semakin penting untuk golongan...





