PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengutus warkah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta kelakonan kukuh Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Dalam warkah tersebut, Encik Lee berkata jawatan perdana menteri Datuk Anwar itu datang di tengah-tengah cabaran dalam sekitaran serantau dan global.





