SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Lee ucap tahniah pada PM Anwar

PM Lee ucap tahniah pada PM Anwar

Nov 25, 2022 | 5:30 AM

PM Lee ucap tahniah pada PM Anwar

4217c6d4-6d6f-474d-bf3b-2c02916f9270
-

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengutus warkah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta kelakonan kukuh Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dalam warkah tersebut, Encik Lee berkata jawatan perdana menteri Datuk Anwar itu datang di tengah-tengah cabaran dalam sekitaran serantau dan global.

"Sebagai jiran dan rakan rapat, Singapura dan Malaysia harus bekerjasama untuk menguruskan cabaran ini dan meneroka peluang baru untuk kerjasama," kata Encik Lee, dalam warkah yang dikongsi Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.

Beliau meluahkan harapan dapat bertemu dengan Datuk Anwar tidak lama lagi untuk membincangkan isu-isu biasa yang dihadapi oleh kededua negara dan bagaimana mereka boleh melanjutkan lagi hubungan dua hala yang terjalin.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg