Topik diikuti
Pergi ke BHkuHougang pamerkan prestasi baik, ikat 2-2 bersama juara bertahan SPL, Sailors
Hougang pamerkan prestasi baik, ikat 2-2 bersama juara bertahan SPL, Sailors
Hougang United mempamerkan prestasi yang baik dalam aksi permulaan kempen Liga Perdana Singapura (SPL) apabila mereka berjaya mengikat juara bertahan, Lion City Sailors 2-2 di Stadium Bishan pada 12 September.
Lion City Sailors melancarkan beberapa serangan mengancam pada awal permainan, tetapi Hougang United berani melawan dan turut menghasilkan beberapa serangan berbahaya.
Keberanian Hougang akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-17 apabila pemain import, Ayman Kassimi asal Belgium meletakkan Hougang di hadapan dengan rembatan bola leret ke gawang sebelah kiri Sailors.
Pada minit ke-22, kapten Hougang, Zulqarnaen Suzliman melakukan larian baik sebelum menghantar hantaran kemas kepada pemain import asal England, Oakley Cannonier.
Penyerang itu menyempurnakan peluang tersebut untuk menggandakan kelebihan Hougang kepada 2-0.
Namun Sailors terus meningkatkan tekanan dan akhirnya mendapat gol yang dicari menerusi pemain import asal Croatia, Antonio Mance untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Sailors mengasak benteng pertahanan Hougang sepanjang separuh masa kedua, dan akhirnya temui gol penyamaan melalui jaringan pemain import yang pernah mewakili Belanda Bawah 20 tahun, Bobby Adekenye pada minit ke-86.
Kededua pasukan cuba mencari gol kemenangan, tetapi kededuanya kebuntuan dan perlawanan berakhir 2-2.
Sailors kini perlu memberikan tumpuan kepada aksi pembukaan kempen Liga Juara-Juara Asia2(ACL2) mereka menentang pasukan Thailand BG Pathum pada 17 September di Stadium Jalan Besar.
Hougang pula akan beraksi menentang FC Jurong pada 18 September untuk SPL di Stadium Jurong East.
