RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa sebanyak 4 juta visa umrah telah dikeluarkan untuk jemaah dari serata dunia sejak permulaan musim umrah tahun ini.
Pemberian tinggi visa tersebut boleh dikaitkan dengan usaha kementerian itu dalam memudahkan proses ketibaan jemaah menerusi kaedah elektronik dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi yang mengendali sistem haji dan umrah berkenaan.






