PASARAN pekerja mencatat pemulihan berterusan dalam suku terakhir tahun lalu di samping pertumbuhan ekonomi positif, dan pemulihan itu dijangka kekal meskipun terdapat ketidakpastian dalam krisis pandemik Covid-19 sejagat dek varian Omicron, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.
Beliau menarik perhatian tentang dapatan utama positif perangkaan awal pasaran pekerja 2021, yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia...





