ANGGOTA Parlimen (AP) pekerja, Encik Desmond Choo (gambar), telah dilantik sebagai anggota lembaga baru dalam Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), umum Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.
Encik Choo, yang juga penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), adalah AP bagi GRC Tampines dan pada masa yang sama, Mayor bagi Daerah North East di Singapura.





