Desmond Choo anggota lembaga baru EDB

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Desmond Choo anggota lembaga baru EDB

Feb 1, 2022 | 5:30 AM

Desmond Choo anggota lembaga baru EDB

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
4bcbdbcc-42b5-4849-8120-a6316cdf0a18
-

ANGGOTA Parlimen (AP) pekerja, Encik Desmond Choo (gambar), telah dilantik sebagai anggota lembaga baru dalam Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), umum Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.

Encik Choo, yang juga penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), adalah AP bagi GRC Tampines dan pada masa yang sama, Mayor bagi Daerah North East di Singapura.

Dalam gerakan buruh, Encik Choo merupakan penasihat kepada Kesatuan Tarikan, Resort dan Hiburan (AREU), Kesatuan Kakitangan Penyiaran Singapura (SUBE), dan Kesatuan Pekerja Keselamatan (Use).

Beliau juga pemegang amanah Kesatuan Kakitangan Shell Singapura. Di samping itu, beliau anggota lembaga Surbana Jurong dan SBS Transit.

Dua anggota lembaga EDB juga mengundurkan diri semalam selepas penggal mereka tamat. Mereka ialah AP SMC Pioneer dan penolong setiausaha agung NTUC, Encik Patrick Tay, dan pengasas bersama Grab, Cik Tan Hooi Ling.

Sementara itu, lima anggota lembaga EDB juga dilantik semula.

Mereka ialah ketua pegawai operasi Grab, Encik Alexander Charles Hungate; pengasas, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan Sea, Encik Forrest Li; naib pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Gan Seow Kee; timbalan ketua pengarah pendidikan (sekolah) dan pengarah sekolah di Kementerian Pendidikan (MOE), Cik Liew Wei Li; dan presiden P&G (Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika), Encik Magesvaran Suranjan.

Perubahan tersebut berkuat kuasa hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg