LONDON: Pemain midfield Manchester United, Paul Pogba (gambar), mendedahkan bahawa perompak yang menceroboh masuk ke kediamannya telah mencuri pingat Piala Dunia yang dimenangi beliau.
Pemain antarabangsa Perancis berusia 29 tahun itu menceritakan mengenai kejadian yang disifatkan beliau sebagai "mimpi buruk" bagi keluarganya minggu lalu apabila rumah mereka dipecah masuk semasa Pogba mewakili United dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Atletico...






