SEPANJANG bulan Ramadan ini, Nur Insan menyajikan rancangan-rancangan dakwah menarik secara langsung dalam talian.
Rancangan ini diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan yang mulia ini dan juga sebagai usaha mencari dana sebanyak $500,000 setahun untuk menampung program-program pendidikan Islam secara percuma kendalian Nur Insan.





